tentang diri aku..

Assalamualaikum..

Nama penuh cheq Muhammad Fadhli Bin Mohamad Issa.Kawan-kawan cheq pnggl cheq 'pali'.xtw gk pasai pa.ada sebab kot noh.cheq owg kedah.biasa la anak jelapang padi.pasai tu cakap loghat cm ni.huhuhuhu.cheq lahir tahun 1995.cheq ni owg yg simple ja.klau hmpa nk kawan.cheq terima ja.hati cheq ni mudah terasa.jaga2 sapa yg nk kwn ngn cheq.xdk pa dh kot..kalau terbuka or sengaja buka blog cheq ni.jgn segan silu nk follow noh..cheq pn masih baru dlm wt blog ni(padahal xreti mna pn)..kalau nk taw lebih ag pasai cheq.add cheq dlm facebook noh..search ja Fadhli Issa..
Welcome To My Blog

Sunday 19 June 2011

WaSiAt !!!!!

Assalamualaikum
Warahmatullahi
Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari
penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu
Sheikh Ahmad
Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika
membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur
hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW
lalu bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang
yang meninggal
dunia di zaman ini tiada
seorang pun yang
matinya dalam keadaan
beriman.
(a)isteri tidak mendengar
kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi
bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat
dan tidak membuat
kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh
Ahmad, hendaklah kamu
menyedarkan kepada orang
Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana
hari
penghabisan(Qiamat) akan
tiba di mana
bintang akan terbit dari
langit, sesudah itu
matahari akan turun di atas
kepala.
PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk
junjungan Nabi kita
Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan
segera sementara
Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan
ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji -
bila
berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka
kepada kedua ibu
bapa.
UNTUK MAKLUMAN
1.
seorang saudagar dari
bombay telah
menerima surat ini dan
beliau telah mencatak
sebanyak 20 salinan dan
mengirimkan kepada
orang lain, dia kemudiannya
dianugerahi Allah
dengan mendapat
keuntungan yang besar
dalam perniagaannya.
2.
seorang hamba Allah telah
menerima surat
ini tetapi tidak
mengendahkannya dan
menganggap wasiat ini
palsu, maka selang
beberapa hari kemudian
anaknya meninggal
dunia.
3.
Pada tahun 1977 Tun Dato
Mustapha bekas
Ketua Menteri Sabah
menerima wasiat ini
kemudian mengarahkan
setiausahanya
mencetak sebanyak 20
salinan dan
menghantarnya kepada
orang lain, maka
selang beberapa hari
kemudian dia telah
mendapat hadiah dari
kebajikan masyarakat di
malaysia timur.
4.
tan sri ghazali jawi, bekas
menteri besar
perak secara tidak langsung
dipecat dari
jawatannya kerana apabila
beliau menerima
wasiat ini beliau terlupa
mencetak 20 salinan
untuk disebarkan kepada
orang lain tetapi
beliau telah menyedari
kesilapannya lalu
beliau mencetak semula
wasiat ini dan
mengirimkannya kepada
orang lain, beberapa
hari kemudian beliau telah
dilantik menteri
Kabinet Perdana Menteri.
5.
Zulfikar Ali Bhuno telah
menerima surat
wasiat ini dan tidak percaya
akan
kebenarannya juga
menganggap palsu lalu
membuangnya ke dalam
tong sampah.
seminggu kemudian beliau
telah dijatuhkan
hukuman pancung sampai
mati.
6.
di Terengganu, seorang
pekerja bengkel
kenderaan telah menerima
wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali
yang datangnya
dari Perak lalu beliau
membuat sebanyak 20
salinan seperti yang
dituntut.
Alhamdulillah dia
dianugerahkan oleh Allah
seorang gadis
berakhlak mulia seperti
yang dituntut oleh
Islam.
baginya anugerah ini paling
agung dan
tidak ada tandingannya.
7.
Di Terengganu juga, seorang
hamba Allah
telah menerima surat ini
dari orang yang tidak
dikenali tetapi beliau tidak
mengendahkannya
dengan mengatakan ianya
bohong belaka dan
sengaja mengada-adakan
untuk menakutkan
orang yang membacanya.
Beberapa hari
kemudian dia telah
mendapat penyakit ganjil
dan penderitaanya amat
menyedihkan.
setelah
tiga minggu mendapat
rawatan rapi di hospital,
penyatkitnya sukar juga
diubati oleh doktor.
Akhirnya beliau teringat
akan wasiat ini dan
mengedarkannya kepada
orang lain.
Semingu
kemudian barulah beliau
beransur sembuh
sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh-contoh
orang yang
menerima wasiat ini tetapi
tidak
mempercayainya dan tidak
mengedarkannya
atau menyampaikan kepada
orang lain.
dimana
mereka mendapat
malapetaka.
setelah
kejadian yang
menggembirakan dan
menyakinkan ini anda
jangan lupa
menyampaikan 20 salinan
wasiat dalam masa
96 jam dari masa anda
menerimanya.
InsyaAllah anda akan
memperolehi sesuatu
dari YANG MAHA KUASA
dengan penuh keyakinan
pasti ia akan menerangi
hidup anda dengan nikmat
kebahagiaan hidup.
ISNYAALLAH.
PERHATIAN
setelah
membaca wasiat ini
hendaklah ditulis atau
dicetak dan disampaikan
kepda
orang lain sebanyak 20
salinan. sekiranya telah
dilakukan anda akan
dianugerahkan sesuatu
nikmat atau hajat anda akan
dikabulkan oleh ALLah.
kata
sheikh ahmad lagi. jika apa
yang hamba katakan ini
tidak benar, biarlah
hamba mati dalam
kekufuran dan hamba tidak
mendapat perlindungan dan
syafaat Rasulullah SAW
naaauzubillah. oleh itu
hendaklah ditulis atau
dicetak dan disampaikan
kepada orang lain.
insyaAllah
dalam masa 2 minggu anda
akan berolah kebahagiaan
dan ingatlah lakukan
ini dengan hati yang ikhlas
dan janganlah diabaikan
atau dibiarkan wasiat ini...astgfrlh...igt la tu..wahai org2x yg beriman!!.mohonlah keampunan kepd ALLAH S.A.W dgn sabar dn solatnya.....sesungguhnya ALLAH bersama org2x yg bersabar!!.

Tuesday 7 June 2011

I AM PROUD TO BE A MUSLIM
















Saya Teringin Miliki Ainul Mardhiah

Kisah......: 'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri saya - bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua....dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku....bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nanti kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW...
tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Wallahu wa'lam

Monday 6 June 2011

Erti Friendship

Dalam dunia ini, kita tidak punya
sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita
beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana
kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga
dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira
tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak
menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang
keadaannya.

Bagi
kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti. ...kerana kita
juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan,
'memaksa'dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang
perasaannya? ?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita
sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi
kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan
kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita
terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa
kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah
kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,
rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah
menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita
gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia
meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah
kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan
tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah
kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan
yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami
hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada
rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia
juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi
mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik
senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan,
kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.
Renungilah.. . terima kasih padamu sahabatku..maafkanl ah diriku kerana selalu silap tafsir terhadap dirimu..

P/S:
buat sahabat-sahabatku yang sering terkecil hati kerana perbuatan atau
kekasaran bahasaku...aku memohon keampunan dari kalian...maafkanlah
diriku...