tentang diri aku..

Assalamualaikum..

Nama penuh cheq Muhammad Fadhli Bin Mohamad Issa.Kawan-kawan cheq pnggl cheq 'pali'.xtw gk pasai pa.ada sebab kot noh.cheq owg kedah.biasa la anak jelapang padi.pasai tu cakap loghat cm ni.huhuhuhu.cheq lahir tahun 1995.cheq ni owg yg simple ja.klau hmpa nk kawan.cheq terima ja.hati cheq ni mudah terasa.jaga2 sapa yg nk kwn ngn cheq.xdk pa dh kot..kalau terbuka or sengaja buka blog cheq ni.jgn segan silu nk follow noh..cheq pn masih baru dlm wt blog ni(padahal xreti mna pn)..kalau nk taw lebih ag pasai cheq.add cheq dlm facebook noh..search ja Fadhli Issa..
Welcome To My Blog

Monday 21 May 2012

Kebaikan Bulan Rejab..



Pesanan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre hafizahullahu ta'aala wa ra'aah sebentar tadi, Hari Selasa bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab..

Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT.. Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam..Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar..

Nasihat Kubur....


Ummu Safira:

NASIHAT KUBUR.....

Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan "TAHJUD"

Aku adalah adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku denagn tali "SILATUL-RAHIM"

Aku adalah tempat yang paling sepi, maka riuhkanlah aku dengan membaca "AL-QURAN"

Aku adalah tempatnya binatang yang menjijikkan, maka racunilah aku dengan''AMAL SEDEKAH"

Aku menyempitmu hingga hancur, bebaskan kesempitan itu dengan ''BERSOLAT"

Aku tempat merendam kamu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan "BERPUASA"

Aku adalah tempat "Mungkar & Nangkir" bertanya, bersiaplah denagn perbanyakknlah ucapan 'LAILA HA ILLALLAH"


Sunday 29 April 2012

Muhasabah Diri..


✿~ Anak palestin gugur syahid, anak melayu gugur janin..



✿~ Anak palestin hilang keluarga sebelum berkeluarga, anak melayu hilang dara sebelum bekeluarga..


✿~ Anak palestin maut di tembak zionis semasa jihad, anak melayu maut di tembok besi semasa rempit..


✿~ Anak palestin menangis kerana diragut harta, maruah, keluarga dan tempat tinggal, anak melayu menangis kerana teman lelaki atau teman wanita diragut orang lain... ^^,







Friday 20 April 2012

perasaan orang aku kenal....

Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.


Soal cinta adalah soal hati.Ia juga soal jodoh. 


Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.


Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.


Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.


Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.


Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.